Monday, January 7, 2013

Bersama Kawan Kawan

Pengalaman bersama kawan-kawan sangat sukar dilupakan. Sebagai seorang sahabat, saat bersama suka dan duka sangat indah dan ini dirakam setiap kali aktivit-aktiviti bersama. Indah sungguh hidup bila mengenangkan saat bersama kawan-kawan.

Dari kawan dari sekolan tadika, sekolah rendah, sekolah menengah dan ke universiti sangat ramai, dan pengalaman masing2 kerana tahap umur itu menjadi ukuran suka duka. Akan tetapi semua pengalaman suka duka bersama kawan-kawan di mana jua berada, ia tetap menjadi kenangan abadi


Sunday, January 6, 2013

Gambar Spyshot Proton Preve Hatchback

Seperti biasa jenama kereta yang lain, Proton cukup terkenal dengan elemen kejutan demi kejutan seperti mana yang berlaku pada model keluaran Proton sebelum ini iaitu Proton Preve  melalui gambar demi gambar spyshot yang tersebar sehingga terhasilnya proton preve yang dipandu di jalan raya.

Kali ini giliran proton Preve Hatchback mengambil tempat. Gambar spyshot Proton Preve Hatchback seperti di atas dirakam di sekitar exit Shah Alam.

Mana-mana pengeluar kereta pun dalam ujian, beginilah rupanya pakai camouflage supaya tidak menampakkan rupa sebenar.

Walaubagaimanapun, “Curve” proton Preve Hatchback tidak boleh disorok lagi. Inilah “curve” Proton Preve hatchback yang bakal keluar tidak lama sahaja lagi. Hanya mungkin rekabentuk  lampu sahaja yang boleh disembunyikan, dengan menampal masking tape sahaja tetapi daripada segi “outline body” seperti yang anda dapat lihat pada gambar-gambar di atas.

Andaikatalah Proton Preve Hatchback menggunapakai enjin proton seperti yang di bawah ini, memang terbaik!



Proton Preve Hatchback 

Saturday, January 5, 2013

Jadual Gaji 2013 : Tarikh Pembayaran Gaji Kakitangan Kerajaan 2013


Jadual Gaji 2013 : Pejam celik, pejam celik kita sebenarnya sudah semakin menghampiri penghujung tahun 2013. Sekejap rasanya masa berlalu. Dan seperti biasa, Jabatan Akauntan Negara Malaysia (ANM) telah pun mengeluarkan pekeliling bagi jadual tarikh pembayaran gaji kakitangan awam 2013.

Jadual gaji 2013 dengan kakitangan kerajaan tidak boleh dipisahkan. Maklumlah nanti ia sebenarnya banyak membantu kalangan kakitangan awam merancang pengurusan kewangan maisng-masing & perbelanjaan untuk sepanjang tahun 2013 kelak. Lebih-lebih lagi dengan pelbagai dugaan promosi & tawaran hebat daripada pasaraya yang berdekatan.



Jadual Gaji 2013 : Tarikh Pembayaran Gaji Kakitangan Awam?

BULAN TARIKH NOTA
Januari 23 Januari 2013 (Hari Rabu)
Februari *25 Februari 2013 (Hari Khamis) Tahun Baru Cina: 10 & 11 Februari 2013
Mac 25 Mac 2013 (Hari Isnin)
April 25 April 2013 (Hari Khamis)
Mei 23 Mei 2013 (Hari Khamis) Pesta Menuai : 30 & 31 Mei 2013
Jun * 25 Jun 2013 Hari Gawai : 1 & 2 Jun 2013
Julai 25 Julai 2013 (Hari Khamis)
Ogos * 22 Ogos 2013 (Hari Khamis) Hari Raya Puasa : 8 & 9 Ogos 2013
September 25 September 2013(Hari Rabu)
Oktober 8 Oktober 2013 (Hari Selasa) Hari Raya Haji 2013 : 15 Oktober 2013
November 25 November 2013 Deepavali : 2 November 2013
Disember * 18 Disember 2013 Hari Khamis : 25 Disember 2013)





Cuba anda perhatikan jadual gaji 2013 untuk bulan Januari kelak. Adakah ia diberikan bersekalikan dengan bonus 1/2 bulan gaji sepertimana yang diumumkan oleh Datuk Najib semasa pembentangan Bajet 2013 sebelum ini. Gaji dapat, bonus pun mungkin dapat sekali? Itu belum ditambah dengan dividen ASB 2012 + bonus lagi.

Kebanyakan tarikh pembayaran gaji 2013 kakitangan awam tidak banyak berubah, cuma pada jadual gaji 2013 bagi bulan Oktober 2013 kelak bagi memberikan laluan kepada kakitangan awam berbelanja semasa musim perayaan Hari Raya Aidiladha 2013.